pendamba kaSih & keRedhaan iLahi~ penciNta sains~ PMR candiCAte~ beNCi keGAnaSAn~ PraY FoR gAZa~ :p

Saturday 20 April 2013

cara nk buat folio sejarah tingkatan 3 ~ :p

senang ja nk buat.. cam niieee~~>

Setiap elemen 2 WAJIB mengandungi 9 perkara iaitu:
1. Tajuk Kajian:
  • tajuk kajian hendaklah ditulis besar dalam 1 muka surat A4
  •  contoh: 
    • KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL (BIDAN KAMPUNG)
    • PENJUAL NASI KERABU MAK JAH
2. Senarai Kandungan
  •  mengandungi 3 ruang iaitu bilangan/ Perkara / Halaman
  • senarai disusun secara urutan iaitu bermula dengan:
  • Contoh:
           Bil      Perkara                         Halaman
    1. Tajuk Kajian                         i
    2. Senarai Kandungan               ii
    3. Penghargaan                         1
    4. Objektif Kajian                     2
    5. Kaedah Kajian                      3
    6. Hasil Kajian                       4 - 20
      1. Maklumat asas pengusaha
      2. Latar belakang
      3. Sumbangan @ pengaruh kepada keluarga / masyarakat
      4. Prospek
    7. Rumusan                                21
    8. Lampiran                            22 - 24
    9. Rujukan                                  25
3. Penghargaan
  • Helaian ini ditulis dalam 2 atau 3 perenggan
  • Mengandungi kata-kata terima kasih kepada 3 pihak yang membantu pelajar. 
  • Setiap pihak itu, nyatakan alasan mengapa perlu berterima kasih
  • Kebiasaan, pihak yang perlu diberi penghargaan seperti berikut (ambil 3 sahaja)
    • ibu-bapa (nyatakan nama penuh ibu dan bapa dan beri alasan/ sumbangan)
    • pengetua/ guru sejarah (nama penuh dan beri alasan/ sumbangan)
    • rakan-rakan (nama penuh rakan-rakan dan alasan/ sumbangan)
    • Orang yang ditemuramah (nama penuh dan alasan/ sumbangan)
    • pihak institusi (nama penuh dan beri alasan/ sumbangan)
4. Objektif Kajian  
  • Ditulis dengan huraian terperinci / ada perenggan. Kaitkan dengan HASIL KAJIAN.
  • Huraian objektif pertama IAITU TENTANG TAJUK KAJIAN
  • Huraian objektif kedua tentang iktibar
  • Huraian objektif ketiga tentang pengalaman - apa yang calon dapat dari kajian
5. Kaedah Kajian
  • Tulis 3 kaedah berdasarkan sumber/elemen yang diperolehi;kebiasaannya:
  • Melayari Internet: sumber yang dicetak daripada laman sesawang
    • Cara menulis: nyatakan laman web http; dan tajuklaman sesawang. Nyatakan juga sedikit maklumat yang diperolehi dari laman sesawang tersebut.
    •  
    • Temu ramah:
      • Cara menulis: nyatakan nama orang sumber, umur, alamat dan tujuan temuramah
      • Pastikan juga dapatkan salinan kad pengenalan ataupun dapatkan nama penuh, nombor kp, umur dan alamat- tujuan untuk menulis sumber rujukan.
      • Tuliskan dialog

    • Penyelidikan Perpustakaan: semua sumber bertulis seperti akhbar, majalah, jurnal buku, dll.
      • pastikan salinan akhbar ada tarikh, halaman, nama akhbar.
      • Begitu juga maklumat asas majalah dan akhbar mesti lengkap.
      • Cara menulis: nyatakan akhbar/tarikh/ tajuk, 
      • nama majalah/penerbit/tarikh/tajuk
      • Melawat Tempat Kajian: seperti melawat Gerai nasi lemak/ Kedai menjahit pakaian/ Kedai membuat labu sayong/ Kedai membuat grill / pesawah dan lain-lain
        • Cara menulis: nyatakan alamat penuh tempat kajian/ tarikh melawat dan tujuan atau apa yang diperolehi. Pastikan ada gambar pelajar sedang buat kajian di tempat kajian dan masukkan gambar itu sebagai elemen 1.
      6. Hasil Kajian
      • penting dan perlu menepati kehendak soalan
      • rujuk contoh senarai kandungan.
      • hasil kajian mesti betul 
      • Jika tak betul, calon tak boleh dapat markah penuh.
      7. Rumusan
      •  pilih tiga unsur patriotisme yang sesuai dalam senarai unsur patriotisme yang diberikan oleh guru sekolah anda.
      • Berdasarkan tiga unsur patriotisme yang dipilih tadi, huraikan kepentingan satu nilai kepada diri anda, kepentingan nilai kedua kepada bangsa, dan kepentingan nilai ketiga kepada negara.
      • Contoh: Setelah menjalankan kajian, saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana ......(kaitkan dengan tugasan anda)
      • Jadi, contoh di atas adalah untuk rumusan diri dengan menggunakan salah satu nilai yang telah dipilih.
      • Binalah dua lagi rumusan untuk baki dua nilai terhadap kepentingan untuk masyarakat dan negara.
      8. Lampiran- Kebiasaan pelajar memilih:
      • Contoh 1: Peta jalan ke kedai pengusaha/ pasar malam/ dll
        • ambil daripada laman sesawang atau mana-mana sumber
        • potong peta 
        • tampal pada kertas lain
        • tulis sedikit maklumat ( kapsyen) pada bahagian bawah peta yang telah dilekatkan.
        • contoh; Peta menunjukan arah untuk sampai ke _________________
      • Contoh 2; Gambar tempat kajian
        • potong gambar dari mana-mana sumber / gambar yg dicuci dikedai - kategori sama
        • tampal pada kertas lain
        • tulis sedikit maklumat (rujuk contoh 1)
      •  Contoh 3: Ilustrasi atau lukis gambar berkaitan dengan produk.
      • Contoh 4: Cara membuat produk - dalam bentuk rajah/ urutan
      • INGAT: SETIAP LAMPIRAN MESTI DITULIS KAPSYEN
      9. Rujukan
      • Pelajar sering melakukan kesilapan untuk menulis rujukan
      • Pelajar perlu ada sumber tersebut jika ingin menulis rujukan
      • kadang-kadang pelajar menulis rujukan tetapi tiada sumber tersebut pada elemen 1.
      • Kebiasaannya empat sumber rujukan yang berbeza yang mudah diperolehi ialah:
        • Akhbar
          • Cara: Nama akhbar, tarikh akhbar, halaman berapa
          • Berita Harian, 25 Mac 2011, halaman 15.
        • Internet
          • Cara: tajuk, alamat laman sesawang
          • Piagam Pelanggan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, http://www.dbkl.gov.my
        •  Melawat Tempat Kajian
          • Nama institusi, diikuti alamat penuh/ poskod
          • Majlis Bandaraya Ipoh, .....alamat....
        • Majalah
          • Cara: nama majalah, bulan/ tahun diterbitkan/ halaman / penerbit
          • Contoh: Dewan Masyarakat, Januari 2010, halaman 16, Dewan Bahasa dan Pustaka.
        • Orang sumber
          • Nama penuh, umur, alamat penuh termasuk poskod.

      • Wallahualam. Mudah-mudahan dapat markah penuh IAITU 4 MARKAH.
      • 'KATAKAN SYOKNYA SEJARAH'

      No comments:

      Post a Comment