pendamba kaSih & keRedhaan iLahi~ penciNta sains~ PMR candiCAte~ beNCi keGAnaSAn~ PraY FoR gAZa~ :p

Thursday 19 March 2015

INFUSED DETOX WATER

Assalamualaikum,sihat? Hari ini ak nak kongsi tentang satu inisiatif untuk hampa2 yang nak kurus , tapi taknak makan ubat kurus yang luas terjual di luaq sana. Try buat , Aku dah try, dah agak berkesan.

AIR DETOX HANDMADE

Air detox ni asas dia cuma buah buahan dan air yang diperap selama 8 jam atau semalaman. Senang ja nak buat .


 Cara-cara nak sediakan INFUSED DETOX WATER :

* Sediakan bahan-bahan mengikut citarsa pilihan anda
* Potong buah-buahan tersebut - ikut suke nk potong mcm mane
* Masukkan dalam jug
* Tambahkan ketul ais
* Tuangkan air masak - ikot besar mane bekas anda
* Simpan dalm peti sejuk - biarkan semalaman


Sedap kan? Sihat pun sihat minum benda ni :)

Kalau hampa tadak idea untuk gabung semua buah buah , ni ada panduan sikit, kalau aku, aku suka gabung buah lemon dengan orange, ataupun orange dengan limau kasturi or limau nipis . Sedap kot :)



Yum2  :P


Antara kelebihan INFUSED DETOX WATER nie adalah :

* Mengelakkan sembelit
* Mengukuhkan sistem imunisasi
* Meningkatkan tenaga
* Membantu menurunkan berat badan
* Mengimbangi pH dan gula dalam darah
* Memcantikkan kulit wajah
* Membersih dan membina kembali sel - sel

* elok utk kita yg remaja nak jaga kulit muka dan jaga badan *
**tapi INGAT yeee...bersedia la ke tandas..membuang ape yg patut tue...hehehe.. Tp tak kesah kn..janji leh kuruskan badan ... Dia buang apa yg patut je :)

Itu jelah yang aku nak kongsi, hampa try dulu, baru tau. Sedap + sihat. Itulah yang terbaik :)
Apa2 hampa tanya la dekat FB aku. Ak akan try jawab apa yang perlu :) Chao. Assalamualaikum . Hehehe xD



Wednesday 18 March 2015

Obsession of me

Assalamualaikum, serius dah lama gila aku tak post , jadi hari ni ak nak crita, satu obsesi aku yg baru ja tau yg wujud dalam diri aku .

OBSESSION OF CAMERA DSLR .

Mmg aku cakap la, aku mmg pantang tgk ja camera tu, pantang tuan dia leka, komfom kamera tu mesti kat tangan aku. Lagipun kebetulan hobi aku pulak , snap sini, snap sana :) (bukan selfie, aku suka tangkap gambaq bnda la )

OBSESSION OF SHOES

Kasut, kasut , kasut. Gambaq pun kasut, beli pun kasut, mmg ak ni muka kasut ke? Tak adalah. Aku ni mmg suka kasut ni. Kasut bagi aku adalah satu benda yang melambangkan personalities kita .
Memang ak ni suka kasut tapi tak bermakna ak suka pkai kasut tinggi macam korang. Theheee :)

OBSESSION OF TRAVEL

Ini paling penting. Aku suka gila pergi travel mana mana pun, tapi sayang.... aku tak ada duit yang bnyak untuk ke oversea. Tak apa rasanya, ak pergi dengan suami aku lah ye :) (Padahal SPM pun tak habes lagii ...)

Lastly, OBSESSION OF WATCH

Ini pling ketara lah. Ak mmg sukakn jam. Hari-hari aku takkan sempurna kalau tak ada jam di tangan. Waktu keluar pergi mana mana, mmg kena pkai jam. Entah la kenapa, tapi selepas aku buat research sikit, qupanya ini boleh dikatakan penyakit. Nama penyakit tu WIS (Watch Idiot Savant)  *alahai, sakit ke aku ni* . Nak info pasal penyakit ni?
 Ke sini >   http://en.wikipedia.org/wiki/User:Mbgdesign/Watch_idiot_savant
(Aku dikira mangsa yang paling ringan kena  masalah ni )

Hurm, itu ja sahaja yang aku rasa yang ak boleh kongsi dengan hampa semua. Doakan aku untuk SPM aku. Aku harap target aku mengena :) Amin2 ( kalau tak usaha tak kemana juaa ) Okeylah, Chao :) Assalamuaalaikum, semua~

Anis Syamimi
SMK Agama Nibong Tebal .
Pulau Pinang ,
Malaysia,
Bumi, Bima sakti,
Angkasa Lepas :) *hii3