pendamba kaSih & keRedhaan iLahi~ penciNta sains~ PMR candiCAte~ beNCi keGAnaSAn~ PraY FoR gAZa~ :p

Sunday 26 May 2013

-->PERBEZAAN KATA2 ANAK2 DGN KATA2 IBU BAPA~

-->PERBEZAAN KATA2 ANAK2 DGN KATA2 IBU BAPA~

Sememangnya kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya tiada tolok banding. Namun sedarkah kita sebagai anak-anak kita telah banyak membuatkan perasaan ibu bapa kita terguris tanpa kita sendiri sedari. Jom kita lihat perbezaan kata-kata yang sering diungkapkan oleh anak-anak dan kata-kata oleh ibu bapa.

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

#RENUNG2KAN LAH

No comments:

Post a Comment